Mungkin ada sesetengah pengguna (terutamanya pengguna setia Google) yang masih tertanya-tanya apakah enjin carian alternatif yang terbaik untuk digunakan apabila Google (pilihan utama) gagal mencari maklumat yang dikehendaki. Memilih Yahoo, Microsoft Bing, AOL, ASK.Com, Alexa atau enjin carian lain seperti search.conduit?
Sebelum memilih, apa kata kita lihat senario penggunaan enjin carian alternatif apabila pengguna Google tidak dapat mencari apa yang mereka cari. Senario ini adalah berdasarkan kajian yang dibuat oleh rangkaian iklan online Chitika melibatkan 4 enjin carian.
Sumber: Chitika
Menurut laporan Chitika, pengguna lebih cenderung untuk memilih Yahoo dan Ask.com sebagai enjin carian alternatif berbanding Bing dan AOL. Daripada seramai 39,000 pengguna yang melawat laman di seluruh rangkaian iklan online-nya melalui kata kunci (keyword) atau frasa tertentu sebelum ‘hit’ salah satu halaman Chitika, 49,5% adalah berasal daripada enjin carian Yahoo, 30,29% Ask.com, 16,4% Microsoft Bing dan hanya 3,8% melalui AOL.
.
Bagaimanapun jika dibandingkan dapatan Chitika dengan dapatan saya melalui Google Analytics yang saya gunakan, terdapat sedikit perbezaan urutan bagi jumlah pengunjung ke blog ni (daripada enjin carian). Boleh rujuk gambar di bawah. Perbezaan yang saya maksudkan adalah perbezaan kedudukan antara AOL dan Bing. Apapun, perbezaan tu mungkin disebabkan oleh kebiasaan pengguna di sesebuah negara dan keyword yang digunakan untuk sampai ke blog ni.

Jadi sekarang ni dah tahu kan mana enjin carian pilihan pengguna selain Google. Mungkin pengguna (pencari maklumat) bolehlah pilih mana-mana enjin carian daripada senarai jika Google gagal membantu anda mencari artikel yang dikehendaki.
Kepada rakan blogger pula, mesti sentiasa ingat selain daripada Google, ada banyak lagi enjin carian lain yang akan digunakan oleh pencari maklumat untuk “sampai” ke blog kita. Jadi untuk ingatan (kepada diri sendiri juga) tak salah kita mementingkan Google PageRank dan Alexa Rank untuk SEO dan SERP tapi jangan sampai lupa pada enjin carian lain. Dan kalau Blog kita mendapat penalti daripada Google, alternatif terbaik (sementara Google tarik balik penalti tu), kita beri tumpuan untuk SEO Yahoo dan enjin carian lain.
Rujukan : http://kulanzsalleh.com/apa-enjin-carian-alternatif-selain-google/
No comments:
Post a Comment