Friday, October 15, 2010

ETIKA PENGGUNAAN INTERNET & EMAIL

Tujuan E-mel
Tujuan arahan ini adalah untuk memastikan pengguna-pengguna dapat menggunakan kemudahan ini dengan lebih berkesan dan penggunaannya tidak memberi impak negatif kepada capaian sistem-sistem aplikasi lain yang beroperasi di dalam jaringan JPNNet.
Cara penggunaan yang betul dan memilih masa penggunaan yang sesuai adalah dua elemen penting yang mempengaruhi keupayaan jaringan JPNNet bagi memberi perkhidmatan yang optimum.
Menyelenggara Kotak e-Mel (MAIL BOX)
Penggunaan e-mel dan internet dalam sector awam telah meningkat dengan pesatnya. Pada masa ini hampir ke semua agensi di sektor awam telah dilengkapi dengan kemudahan ini.
Kesan positif ini turut mereformasi cara agensi-agensi Kerajaan berkomunikasi dan bertukar-tukar maklumat.Penggunaan ini telah mewujudkan satu dimensi baru dalam era perkhidmatan awam terutamanya dalam memberi perkhidmatan kepada pelanggan.
Walau bagaimanapun, penggunaan yang tidak terkawal akan membawa kepada kesan negatif yang akan memudaratkan bukan sahaja kepada Jabatan bahkan kepada masyarakat dan negara. Ini adalah kerana capaian kepada internet dan penghantaran e-mel adalah terlalu mudah dan cepat tanpa batas dan sempadan.Sebagai langkah berwaspada, pengguna mestilah mengambil langkah bijaksana dengan membuat pertimbangan dan penilaian yang sewajarnya ke atas isi dan sumber ledakan maklumat itu.
JPN sendiri telah mengambil langkah inisiatif dengan menyediakan kemudahan ini kepada hampir 500 penggunanya. Langkah pendedahan awal ini diharap dapat menyumbang kepada kejayaan pelaksanaan kerajaan elektronik yang menjadi mercu tanda kepada Koridor Raya Multimedia (MSC). Kemudahan ini termasuk di dalam agenda plan pengkomputeran JPN bagi mewujudkan warga JPN yang celik komputer. Sesungguhnya kemudahan ini menyumbang kepada perolehan maklumat yang terkini serta melicinkan jentera pentadbiran JPN.
Pelaksanaanya telah dilakukan secara dua peringkat iaitu peringkat yang melibatkan kumpulan Penolong Pengarah dan ke atas manakala peringkat kedua meliputi kumpulan Pegawai Eksekutif hingga kerani.



Rujukan : http://www.jpn.gov.my/en/etika-penggunaan-internet-email

No comments:

Post a Comment